Friday, October 22, 2010

..Malaysia negara pelbagai kaum..

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan dusun dan Iban.
            Tetapi di dalam kertas kerja ini, kami akan menerangkan dan menskopkan golongan majoriti yang menguasai dan menjadi penduduk tetap iaitu melayu,cina dan india.Dan setiap kaum ini mempunyai pelbagai keunikan yang dikongsi bersama antara satu sama lain di atas perpaduan kebudayaan..
            Budaya secara amnya adalah merupakan satu cara hidup dan reaksi manusia bagi menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling serta juga mempunyai unsur-unsur ekspresif dan instrumental.
Budaya menurut kamus dewan ialah tamadun, peradaban dan cara berfikir yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau bangsa tersebut.Kehidupan sesuatu kaum tersebut banyak mencerminkan budaya yang diamalkan.
Selain itu, definisi bagi kebudayaan menurut segi antropologi mengatakan bahawa kebudayaan itu adalah keseluruhan kompleks yang mengandungi antaranya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,undang-undang, moral,adat resam, dan apa-apa juga kebolehan serta kebiasaan(tabiat) yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat.
Dari itu,kita dapat fikirkan dari skop yang lebih terperinci yang mudah diterima dan difahami bahawa kebudayaan ialah apa-apa  juga yang kita fikir,kita buat dan kita miliki dalam kehidupan yang merangkumi semua bidang kehidupan baik pengetahuan,kepercayaan,kesenian,undang-undang,moral,adat istiadat,mahupun apa-apa juga cara hidup kita yang merupakan penglahiran daripada apa-apa yang kita warisi daripada masyarakat kita..
Kebudayaan merangkumi dan meliputi segala-segala yang terdapat dalam masyarakat termasuk segala gagasan (idea), alatan dan bentuk pengucapan. Oleh itu,kebudayaan amat penting bagi individu dan masyarakat .Cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tiodak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan yang dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di dunia ini mempunyai budaya masing-masing yang mewarnai kehidupan seharian mereka.Biarpun zaman semakin kehadapan,negara semakin maju,setiap kaum itu akan menjunjung tinggi warisan mereka generasi demi generasi.
Pepatah “biar mati anak jangan mati adat” cukup jelas menggambarkan betapa masyarakat malaysia amat memelihara adat budaya dan perpaduan antara mereka dalam meneruskan kegemilangan bangsa dan agamanya.Oleh itu,tidak hairan lah jika didefinisikan budaya adalah keseluruhan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu bangsa dan perpaduan pula boleh didefenisikan hubungan sosial antara kaum yang mana adanya kesejahteraan dan perkongsian sesuatu perkara atau  budaya antara suatu banga dan bangsa lain.
Dengan itu,apabila diperkatakan perihal perpaduan dan perkongsian dalam sesebuah masyarakat atau kaum dapatlah kita pecahkan skop perkongsian dan hubungan sosial ini kepada lima perkara iaitu upacara perayaan, pakaian, bahasa dan pertuturan, kesenian dan adat istiadat.Dan hal ini membincangkan mengenai hubungan setiap kaum di Malaysia iaitu melayu,cina,india dan kristian.



Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai,
tarian Piring, tarian lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu.. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung.. Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu, Permainan  : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei.. Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam.

SILA AMBIK PERHATIAN!!!

Jangan Tunjuk Peace kerana...
Simbol peace dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).
jadi...sape2 yg slalu bergambar smbil menunujukkan peace atau apa jua keadaan skalipun...harap lepas nie jgn la kita bt lagi tabiat 2.....fikir2kanlah.....
by: Mohd Fauzi Abd Rahman

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

http://www.facebook.com/note.php?note_id=498367441040&id=1662714463
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas

dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
* 1) McDonald
* 2) A&W
* 3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
* 1) Victoria Station
* 2) Kam Lun Ta
* 3) Lotus Family Restoran



Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
* 1) San Francisco Steakhouse
* 2) Chicken Rice Shop
* 3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.



2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .



3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .



4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.



5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.



6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.



8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .



9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.



10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.



11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.



Source: Idrus Hashim